Tentunya mak ayah sekarang ini tengah 'berkira-kira' untuk mencari tadika buat si anak.

Segala maklumat tentang tadika dikumpulkan bagi memilih tadika mana yang terbaik.

Mana-mana mak ayah pastinya mahukan yang 'elok-elok' sahaja untuk anak mereka.

Mahu anak boleh menguasai membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang berada di tadika. Kemudian, bila berada di tahun 1, tidaklah mak ayah pening kepala jika anak dah pandai membaca.

Namun, tidak semua anak kecil boleh menguasai 3M dalam tempoh yang singkat.

Tetapi, tidak mustahil juga jika ada anak yang sangat cekap dan laju belajar sehingga umur 6 tahun, dah boleh membaca surat khabar.

Perkongsian Puan Ashikin Hashim melalui telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim cukup menarik untuk mak ayah hadam.

Jom kita tengok

**

Kata-kata buat Ibu Bapa Yang menghantar anak-anak ke tadika |

Bismillah

Salam buat semua ibu bapa yang dirahmati Allah SWT. Semoga sentiasa di bawah lindunganNya.

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit luahan rasa, motivasi dan juga inspirasi buat semua ibu bapa yang menghantar anak-anak ke tadika.

Saya yakin ramai ibu bapa yang sedang mencari-cari tadika untuk anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Dan kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke tadika adalah ibu bapa yang bekerja yang sangat mendambakan anak-anak belajar dengan baik di tadika yang dipilih mereka.

Ibu bapa meletakkan target pada umur 6 tahun dan sebelum mereka melangkahkan kaki ke darjah 1, anak-anak mereka sudah boleh membaca.

Saya suka untuk berkongsi beberapa perkara di sini:

1. Semahal mana atau sehebat mana pun tadika yang tuan puan hantar, cikgu-cikgu di situ masih tidak dapat menggantikan anda sebagai guru pertama anak-anak. Andalah guru kepada anak-anak. Andalah orang pertama yang mengenalkan siapa Allah, ajar solat, kenal ABC & nombor dan sebagainya.

2. Semahal mana atau sehebat mana pun tadika yang tuan puan pilih untuk anak kesayangan anda, rumah tuan puan lah, sekolah pertama anak-anak anda. Tiada tempat lain yang lebih baik bagi memberikan rangsangan kepada anak-anak anda. Berikanlah mereka rangsangan yang sebaiknya serta ruang peluang untuk mereka mengenal dunia ini.

3. Teknik atau metod apa pun yang digunakan di sekolah samada teknik suku kata atau fonik untuk membaca, mahu atau tidak, suka atau tidak, kita sebagai ibu bapa, wajib mengetahui dan belajar teknik dan metod tersebut. Mengapa perlu tahu? Jika kita tahu, maka kita akan tahu apa yang anak kita belajar di sekolah, tahu apa masalah yang dihadapi dan bagaimana untuk membantu mereka.

4. Berapa pun harga yang tuan puan bayar untuk yuran sekolah anak anda, anda tetap wajib INVOLVE atau terlibat dalam pembelajaran anak-anak. AMBIL TAHU, buka beg mereka, balas mesej, beritahu sekolah, tahu buku apa, subjek apa, topik apa. Haramkan dari berkata begini, “ Aku bayar dan aku mahu tengok hasilnya. “ jika kita sebagai parents tidak involve.

5. Sistem di Malaysia memaksa kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan anak-anak yang pandai membaca pada umur 7 tahun iaitu ketika mereka melangkah ke tahun 1. Jadi, ia memberikan tekanan kepada pihak tadika dan juga ibu bapa.

Jadi, saranan saya, apa kata kita berganding bahu dengan pihak tadika untuk sama-sama membantu anak kita membaca. Ia bukan tugas sebelah pihak sahaja. Ia memerlukan kerjasama yang sangat baik.

Membaca adalah satu proses yang kompleks dan panjang. Ia perlu dirangsang dan dibantu. Jika kita telah merangsang anak sejak awal lagi dan dari rumah lagi, insya-Allah di tadika, proses ini akan berjalan lancar.

Tapi, jika proses membaca hanya bermula pada umur anak 4 tahun iaitu ketika pertama kali dia ke sekolah, adakah adil kita menuding jari kepada pihak tadika sahaja kerana anak tidak boleh membaca? Adilkah kita marah-marah anak, time-out anak, denda dia, sedangkan dia baru kenal huruf di tadika, bukan dari rumah?

Bayangkan sejak umur anak bayi lagi kita sudah bacakan mereka buku, sudah mula tunjuk flashcards ketika umur 2 tahun dan mendedahkan mereka kepada carta seawalnya. Insya-Allah saya yakin sebelum umur 7 tahun anak pasti boleh membaca walaupun sikit-sikit...

 

[ SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: PESANAN BUAT MAK AYAH..JANGAN SALAHKAN TADIKA JIKA ANAK MASIH BELUM BOLEH MEMBACA