KUALA TERENGGANU - Bagi meningkatkan kesedaran pelajar mengenai pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam mengadakan Program I Love KT pada 24 Ogos lalu.

Program melibatkan pelajar Tingkatan 2 Kelas Nurur Rahman dan Nurur Rahim yang terdiri daripada 34 pelajar dan empat guru diadakan di Pulau Warisan.

Guru Bahasa Inggeris Masniza Omar berkata, program itu turut bertujuan memupuk perasaan cintakan kepada Terengganu dengan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan tumpuan pelancong.

"Program ini merupakan anjuran Panitia Sivik dan Kewargenegaraan SMK Seri Nilam," katanya.

Menurut Masniza, pekerja yang mengutip sampah di situ hanya membersihkan bahagian atas dan tepi jalan sedangkan di atas tangga yang orang ramai tidak berapa nampak masih banyak sampah bertaburan.

“Bagi saya program ini sangat bagus dan patut diteruskan kerana ia dapat memupuk perasaan pelajar supaya cintakan alam sekitar dan seterusnya cintakan kebersihan," katanya.

Turut serta Pengetua SMK Seri Nilam Zalina Mat Jusoh dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Kamarol Azahar Saidi.

[ UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR DI SINI: PROGRAM I LOVE KT CARA SMK SERI NILAM DIDIK PELAJAR CINTAKAN ALAM SEKITAR ]