Walaupun tidak merangkul gelaran Guru Sains Terbaik Asean di Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018, namun, Norhailmi Abdul Mutalib atau lebih mesra Cikgu Hailmi tetap bangga kerana dapat mewakili negara ke sana.

Mungkin kali ini bukan rezeki Cikgu Hailmi..Mana tahu, di masa akan datang beliau akan mengharumkan nama Malaysia kelak.

Menerusi catatan dalam blognya iaitu CiKGU HAiLMi.com, beliau berkongsi kisah di sebalik pertandingan Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018.

Bagaimana beliau boleh terpilih dan siapakah cikgu yang merangkul gelaran Guru Sains Terbaik Asean.

Ikuti perkongsian selanjutnya..

 

**********

 

Rezeki tahun 2018 nih datang tanpa diduga bila saya terpilih untuk mewakili Malaysia bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 di Bali, Indonesia.

Pertandingan yang bertujuan bagi mencari Guru Sains Terbaik ASEAN ini dianjurkan oleh SEAMEO - QITEP in Science yang berpusat di Bandung, Indonesia.

Dalam pertandingan ini, setiap negara di Asia Tenggara haruslah mencalonkan seorang guru Sains terbaik dari negara masing-masing dan membentangkan amalan terbaik dalam bilik darjah.

 

Bagaimana Saya Terpilih?

Teringat kembali semasa saya dihubungi oleh pihak JNJK (Nazir) pada awal Februari tahun ini.

Mula-mula excited juga bila dimaklumkan bahawa saya dikehendaki mengisi borang pencalonan guru wakil Malaysia ke Anugerah ini di Bali, Indonesia.

 Tapi lepas tu, bila dibagi tahu bahawa bersama saya ada lagi 9 orang guru Sains Malaysia yang di senarai pendek, maka tahu lah saya bahawa, masih ada satu lagi lapisan yang saya kena lalui.

Tugasannya, kami dikehendaki menghantar resume dan penulisan amalan terbaik kami untuk dinilai.

Jika terpilih, baru lah dapat wakil Malaysia ke sana. Maka saya sahut cabaran tersebut sebagai satu peluang untuk saya mencari pengalaman dan mencuba perkara baharu.

Dua bulan kemudiannya, saya dihubungi sekali lagi, dan alhamdulillah disampaikan berita gembira bahawa dalam kalangan 10 orang guru Sains tersebut, saya terpilih untuk mewakili Malaysia ke Bali, Indonesia. Yeayyyyy.

Memang sangat gembira sebab terpilih. Tetapi dalam masa yang sama, datang perasaan berdebar sebab bukan saya pergi untuk berkursus atau ikut konferens sahaja, tetapi untuk mewakili negara bagi satu pertandingan untuk ASEAN. Berat tanggungjawab tu. Namun bagi mengharumkan nama baik Malaysia, saya cuba lakukan persiapan dan persediaan dengan sebaik mungkin sedaya upaya saya.

 

[ SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: Guru Sains ini terkejut dapat wakil Malaysia..rupa-rupanya ini sebab bagaimana beliau terpilih ]