Rindu pada ayah tak pernah padam.

Walaupun sudah 4 tahun ayah pergi, tapi, setiap hari anak ini merindui ayahnya.

Sementelah sekarang ini, dia sedang menduduki peperiksaan SPM. Sokongan dan kata-kata motivasi dari si ayah amat didambakan oleh semua anak sebagai penguat semangat.

Mimie ternyata rindu akan semua itu.

Rindu dengan kata-kata mutiara, kata-kata indah dari seorang ayah buat si anak.

Mimie benar-benar rindu ayah.

Ikuti luahan hati seorang anak bernama Mimie sepertimana yang dikongsi melalui facebooknya pada 11 November lalu..

**

 Assalamualaikum ayah..

Ayah Mimie datang nie melawat ayah, Mimie dah janjikan Mimie nak datang harini. Mimie balik dari kelas Mimie terus datang jumpa ayah. Ayah biar laa air hujan membasahi diri Mimie, biar laa Mimie kotorkan baju sekolah Mimie dengan tanah kubur ayah janji Mimie dapat luahkan segala perasaan yang ada dalam diri ini.

Ayah Mimie rindukan ayah sangat-sangat. Ayah dua hari lagi Mimie akan duduki peperiksaan SPM. Debaran semakin terasa ayah. 14 hb 11 nie genap pemergian ayah selama 4 tahun.

Ayah, Mimie rindu nak peluk cium tangan ayah. Mimie rindu masakan ayah, rindu senyuman ayah, rindu nak teman ayah pergi carik lauk dekat Econsave, umur Mimie 12 tahun pun ayah masih lagi nak suap Mimie makan, Mimie rindu suapan ayah. Terima kasih sebab jaga Mimie dari kecik sehingga nafas terakhir ayah.

Umur Mimie 13 tahun ayah dah pergi tinggalkan Mimie, adik-adik and mak. Tadi dekat sekolah ada majlis Mohon Restu Ilmu untuk SPM. Ramai mak ayah dorang datang.

Penceramah tu kata..

 

[ LAGI ARTIKEL BERKAITAN: MIMIE DATANG AYAH..MIMIE RINDU AYAH..DOAKAN MIMIE BERJAYA DALAM SPM ]