SEPANG - Bagi mengasah bakat penulisan kreatif dan meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid serta guru, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seroja Sekolah Kluster Kecemerlangan mengadakan Bengkel Penulisan Resensi Novel Islami peringkat Daerah Sepang.

Bengkel dihadiri 40 murid tahap 2 dan 30 guru Bahasa Melayu serta Pendidikan Islam sekolah di Daerah Sepang itu diadakan di Dewan Bestari SK Taman Seroja pada 2 Ogos lalu.

Penyelaras program Zainiah Ishak berkata, program dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.

"Kami ingin perkenalkan konsep penulisan resensi novel, mendedahkan teknik penulisan resensi mengikut format pertandingan Sayembara Penulisan Resensi Novel Islami Peringkat Kebangsaan dan mengasah bakat penulisan murid.

"Pada program ini peserta dibimbing kaedah penulisan secara berkumpulan dan pembentangan penulisan secara individu," katanya.

Menurutnya, melalui bengkel itu mereka mampu memahami konsep penulisan resensi novel dengan berkesan, membina kreativiti murid dalam menghasilkan sebuah penulisan rensensi novel berdasarkan kehendak penganjur.

Katanya, ilmu yang diperoleh sekali gus mengasah bakat penulisan kreatif selain..

[ SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI : TENGOK GAMBAR PON DAH TAHU.. MURID SERONOK IKUTI BENGKEL PENULISAN ANJURAN SK TAMAN SEROJA ]