BANDA ACEH - INDONESIA.Polis Indonesia bertindak membakar timbunan ganja seberat 800 kilogram dan 19 kilogram methamphetamine hasil serbuan sepanjang tahun ini di wilayah Aceh.

Pada masa sama, lima pesalah dadah berpakaian baju penjara turut dipertontonkan sepanjang proses pembakaran dijalankan.

Indonesia merupakan antara negara yang mempunyai undang-undang berkaitan dadah paling tegas, bulan ini lima rakyat asing ditahan di Bali kerana menyeludup dadah dengan seorang warga Jerman dan Peru berdepan hukuman mati jika disabitkan. - AFP