JEDDAH - Putera Khalid Al- Faisal Abdulaziz berkenan melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Jeddah Kali ke-4, kelmarin.

Pesta buku kali ini disertai 400 penerbit dari 40 negara berlangsung selama 10 hari berakhir 4 Januari ini.

Khalid dalam ucapannya berkata, standard budaya adalah ukuran kemajuan sesebuah kerajaan.

"Tidak ada pembangunan dan perkembangan tanoa sains dan budaya, ukuran pencapaian bangsa dan progresnya bergantung kepada tahap.pencapaian budaya," katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Gabenor Jeddah, Putera Mishal Majed dan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi yang juga Menteri Penerangan Dr Awad Saleh Al-Awad.

Pesta Buku Antarabangsa Jeddah yang diadakan di kawasan seluas 25,000 meter persegi turut dihadiri 200 penulis yang bersedia untuk.menandatangani buku mereka.

Pelbagai genre buku dipamerkan termasuk novel, buku kanak-kanak, agama, sains, ensaiklopedia dan pendidikan.

Selain itu, beberapa pengukir terkenal turut menyertai pesta buku kali ini bagi mempamerkan karya seni mereka untuk memenuhi segmen berbeza masyarakat.