JAKARTA - INDONESIA . Angka korban tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa meningkat kepada 43 orang serta mencederakan 584  yang lain, kata agensi bencana Indonesia.

"Di selat Sunda, 43 orang maut dan hampir 600 orang cedera manakala dua dilaporkan hilang," kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan.

Sutopo menambah, tiga lagi dilaporkan terbunuh di wilayah Serang.

Setakat ini, pihak berkuasa berkata tsunami mungkin tercetus akibat gelombang air pasang surut tidak normal dan tanah runtuh bawah air susulan letusan gunung berapi Anak Krakatoa. - AFP