CARITA - INDONESIA. Kejadian tsunami susulan letusan gunung berapi Anak Krakatoa yang melanda kawasan pantai di sekitar Selat Sunda kini mengorbankan 62 nyawa sementara ratusan lain cedera, kata agensi bencana negara itu.

"62 orang dilaporkan maut, 584 cedera dan 20 masih hilang," kata jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.

Beliau menjangkakan angka kematian akan terus meningkat memandangkan masih banyak kawasan belum diperiksa.

Ratusan bangunan turut musnah disebabkan ombak tsunami yang melanda pada kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan, semalam. - AFP