PERINTIS dan pereka fesyen Malaysia, Kem Salleh, mengumumkan projek istimewa sempena hari jadinya yang ke-50 baru-baru ini dengan memperluas jangkauan fesyen yang memfokuskan kepada kesihatan.

Kem berkata, dia sendiri teruja berkongsi perjalanan jenama fesyen tudung berteknologi tinggi dan baik untuk Muslimah ini iaitu Stailoz.

Dengan hanya kurang dari setahun, kehadiran anak tudung ini disambut baik dengan mencapai kejayaan yang luar biasa sejak ia dilancarkan.

“Anak tudung ini simbolik kepada ruang untuk saya bereksperimen dalam menjadikan fesyen seiring dengan gaya hidup sihat.

“Rata-rata wanita berhijab agak sukar untuk meluahkan pandangan mengenai cabaran berhijab dengan iklim panas seperti Malaysia. Kebanyakan mereka juga mempunyai isu seperti pening kepala, bau kepam, stres, dan keguguran rambut. Tetapi anak tudung ini memberi penyelesaian kepada hal berbangkit itu,” katanya.

Stailoz menjadi jenama tempatan mengetengahkan teknologi tinggi dan inovatif seperti anak tudung yang berkualiti tinggi, selesa dan efektif untuk penggunaan harian. Ia turut mendapat pengesahan Organisasi Jaminan Kualiti Global, sekali gus menjadi koleksi anak tudung Tech Titan yang pertama di Malaysia menggabungkan teknologi terkini dari Jepun.

Anak tudung tersebut boleh didapati dalam dua jenis gaya iaitu penuh dan tiub dengan harga RM99 dan RM79 setiap satu. Terdapat sembilan warna menarik termasuk kelabu, biru muda dan juga warna yang menjadi pilihan ramai iaitu hitam, putih atau warna tanah yang sesuai dipadankan dengan pelbagai stail dan acara.