DETTOL, sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia, melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi perlindungan daripada bau badan selama 12 jam. Dettol ‘ProSkin’ pula menyediakan ‘kelembapan selama lapan jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga. Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.