ZEISS, peneraju dunia dalam bidang optik dan optoelektronik, memperkenalkan dua penyelesaian inovatif yang bertujuan meningkatkan perlindungan mata dari sinaran ultraungu (UV) dan menangani masalah mata di kalangan kanak-kanak di Asia, iaitu miopia progresif.

Menampilkan ZEISS UVProtec Technology dan salutan antireflektif ZEISS DuraVision UV yang inovatif, kanta jernih ZEISS memberikan perlindungan sebenar pada tahap sama seperti cermin mata hitam dari semua arah, termasuklah permukaan belakang.

Turut dilancarkan kanta ZEISS MyoVision Pro dan Myokids baharu untuk membantu mengawal miopia dalam kalangan kanak-kanak.

Naib Presiden Rantau Asia Selatan, Kumpulan Perniagaan Vision Care, ZEISS, Vincent Mathieu berkata, obsesi terhadap kesempurnaan optik yang menggerakkan ZEISS selama ini telah menyemarakkan lagi inovasi dalam dua bidang tersebut.

“Pertama, kami sedang berusaha mengubah status quo industri kami untuk meningkatkan standard penjagaan mata yang berkaitan dengan pendedahan kepada sinaran UV.

"Kedua, di ZEISS, tumpuan kami adalah untuk memberikan penyelesaian yang efektif kepada ibu bapa supaya rabun jauh atau miopia yang dialami oleh anak mereka mudah diuruskan," katanya.