BERITA baik bagi penggemar ais krim, Haagen-Dazs memperkenalkan rasa baharu mentega kacang dalam senarai produk dan kini tersedia secara eksklusif di rangkaian restorannya hingga 30 November dan di pasaran runcit sehingga Disember ini.

Aiskrim tersebut ialah Haagen-Dazs Peanut Butter Crunch boleh dibeli pada harga RM30.40 dan Peanut Butter Crunch Stickbars pada harga RM9.35 setiap satu. Rasa baharu itu juga menggabungkan bahan-bahan mentega kacang, karamel dan kepingan kacang yang lazat dari Argentina dan Carolina Utara, Amerika Syarikat.