BAGI anda yang ingin merasai minuman susu dan jus, boleh mencuba minuman baharu daripada jenama minuman terkenal Coca Cola iaitu Nutri Boost. Minuman ini menggabungkan susu terbaik dunia dari New Zealand dan jus buah-buahan sebenar dalam satu minuman yang sedia diminum. Tersedia dalam perisa oren dan strawberi, diperkaya dengan vitamin A,B1, B2, B3, B6, E serta mineral seperti zink dan kalsium. Nuti Boost boleh didapati di seluruh negara dan dijual dalam otol bersaiz 250ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM2.50.