AMOUAGE telah menambah ‘Figment’ untuk lelaki dan wanita ke dalam Koleksi Mandian & Badan. Dipersembahkan dalam pembungkusan zamrud dan biru, koleksi penuh ini merangkumi gel mandi dan sabun mandian, losen badan, krim tangan dan krim badan yang pekat berkhasiat. Dicipta dengan ciri-ciri keunggulan untuk menambah kesegaran dan seri semula jadi kulit, koleksi ini memberikan prestasi tinggi dengan kesan yang luar biasa untuk semua jenis kulit. Produk permata dalam koleksi ini ialah krim badan, yang dimuatkan dalam balang putih mutiara dengan reka bentuk serba anggun. Kandungan bahan aktif seperti alga, gliserin, aloe vera, mentega shea dan mentega koko menjadikan krim ini sesuai untuk rawatan rapi memulihkan kelembutan dan keanjalan kulit.