SEMPENA Hari Kopi Sedunia pada 1 Oktober lalu, Nescafe, meraikan ulang tahun ke-80 sebagai minuman kegemaran peminum kopi di Malaysia dengan memulakan kempen "Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia dengan Nescafe".

Nescafe meraikan Bulan Kopi Sedunia dengan memulakan jelajah pertama di Sunway Pyramid. Nescafe juga mengadakan jelajah di Queensbay Mall, Pulau Pinang dan Tebrau City, Johor Bahru dari 25 hingga 28 Oktober ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nescafe, Othman Chraibi berkata, pihaknya menganjurkan kempen itu dengan matlamat untuk merayakan dan memperingati saat-saat indah bersama Nescafe.

Kami amat berbangga dengan hakikat bahawa selama 80 tahun, Nescafe sentiasa mencipta inovasi untuk menghidangkan secawan kopi terbaik kepada semua rakyat Malaysia, dalam cara yang paling digemari mereka," katanya.

Sempena jelajah, orang ramai yang membeli produk Nescafe bernilai RM100 dan ke atas, berpeluang memenangi baucar RM300 Aeon.