SHOKUBUTSU dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan payudara secara kerap untuk membantu wanita mengesan gejala awal kanser payudara dan mengambil langkah pencegahan awal.

Bersempena bulan Kesedaran Kanser Payudara dan selaras dengan kempen You Are My Pink My Reason Shokubutsu, kerjasama yang dijalankan bersama KPWKM dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu turut menyediakan pemeriksaan klinikal payudara percuma kepada kakitangan KPWKM menerusi Trak Mudah Alih Pink Ribbon Shokubutsu.

Melalui pemeriksaan oleh jururawat NCSM, kakitangan KPWKM bukan sekadar menjalankan pemeriksaan tetapi turut diajar kaedah betul serta gejala yang perlu diperhatikan dalam pemeriksaan sendiri kanser payudara.

Pada majlis kerjasama itu, KPWKM turut menerima baucar 3D mammogram bernilai RM10,000 oleh Shokubutsu untuk digunakan wanita yang disyaki mempunyai ketulan di payudara mereka, ataupun mereka yang tidak dapat menghadiri sesi pemeriksaan pada acara tersebut, untuk menjalani pemeriksaan di pejabat NCSM bertempat di Kuala Lumpur.

Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM, Dr Hishamuddin Mohd Hashim dan Pengarah Penyelidikan Pembangunan dan Perkilangan Southern Lion Sdn Bhd, Naoyuki Ehawa.

Sempena kempen You Are My Pink Reason Shokubutsu itu juga, Shokubutsu menyumbangkan 10 sen untuk setiap unit yang terjual merangkumi Buih Mandian Shokubutsu Fresh, Siri Mandian Shokubutsu World Famous Bathing Series dan Cucian Badan Anti-Bakteria Shokubutsu Active Guard ke Persatuan Kebangsaan Knaser Malaysia.