KEHAMILAN mungkin merupakan satu-satunya waktu dalam kehidupan di mana wanita membiarkan tubuh mereka naik berat badan. Bagaimanapun, tindakan membiarkan berat badan meningkat semasa hamil tidak selalunya betul. Jika anda menganggap inilah waktu yang sesuai untuk anda makan makanan segera, manis ataupun minum minuman ringan, fikirkan semula! Sungguhpun tindakan mengambil hidangan tersebut sekali-sekala tidak membahayakan kandungan anda, namun anda perlulah lebih berhati-hati. Mengawal berat badan semasa hamil dianggap tidak penting oleh kebanyakan ‘mak buyung’.

Elakkan gula dan karbohidrat

Ramai doktor menyarankan wanita hamil untuk mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat dalam hidangan harian mereka. Makanan yang kaya dengan gula dan karbohidrat seperti gula, makanan segera ataupun nasi ternyata sekali merangsang penghasilan insulin. Insulin diketahui menjadi hormon simpanan lemak utama dalam badan kita.

Apabila bahagian insulin anda berkurang, badan anda mempunyai lebih masa untuk membiarkan lemak keluar daripada simpanannya dan kemudiannya membakar menggantikan karbohidrat. Merendahkan tahap insulin juga boleh memberi manfaat kepada buah pinggang anda dengan cara merangsang pengguguran lebihan sodium dan membuangnya melalui air kencing anda.

Proses ini boleh mengurangkan pengembangan badan dan air yang tidak perlu. Dengan menyekat pengambilan karbohidrat dan merendahkan insulin dalam darah adalah penting untuk membantu badan anda mula mengambil kurang kalori tanpa rasa lapar semasa hamil.

Simpanan protein

Kedua, ibu hamil perlu memastikan penambahan protein dalam diet harian mereka. Nutrien ini adalah penting untuk tumbesaran tisu bayi anda dan mengelakkan kecacatan semasa kelahiran. Dengan mengambil makanan yang kaya dengan protein, lemak baik, dan sayuran rendah-karbo, anda boleh mendapatkan pengambilan karbohidrat kepada jumlah yang disarankan iaitu 20-50 gram sehari. Anda boleh mendapatkan protein baik di dalam:

-Poultri daging-putih

-Susu, keju, dan yogurt

-Telur

-Kekacang

-Soya

-Daging pejal

Sebagai tambahan, buah dan sayur perlu dimasukkan dalam hidangan anda. Sebagai sumber baik untuk serat, vitamin, dan mineral, kesemua makanan ini membolehkan badan anda menggunakan zat besi dengan lebih berkesan dan membantu membina tisu bayi. Anda boleh makan sebanyak mana pun sayuran rendah-karbo tanpa perlu takut berat badan naik. Contoh sayuran rendah-karbo ialah:

-Brokoli

-Kubis bunga

-Bayam

-Kale

-Kubis Brussels

-Kubis

-Swiss chard

-Salad

-Timun

-Saderi

Selain membuang lemak daripada hidangan harian, anda perlu juga menambah lemak baik atau lemak tak tepu untuk memberikan tenaga pada badan dan membantu memproses vitamin tertentu. Semasa hamil, lemak perlu ditingkatkan 30 peratus daripada kalori harian anda. Makanan yang mengandungi lemak tak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah dan merendahkan risiko penyakit jantung. Bagi menambah lebih lemak sihat dalam hidangan, anda perlu:

Mengambil asid lemak omega 3: Sumber kaya dengan asid lemak omega 3 seperti salmon, ikan trout, ikan herring, kale, bayam, dan kacang walnut

Makan lebih banyak lemak mono tak tepu: Kacang badam, kacang gajus, kacang tanah, kacang pecan, dan mentega yang diperbuat daripada kacang-kacang ini, dan avokado. Ini semua sumber baik untuk lemak mono tak tepu

Semasa hamil, pelan diet anda mungkin tidak banyak yang perlu diubah jika anda telah pun mengikuti diet seimbang sebelum hamil. Dengan membuat pelan pemakanan yang baik bukan sahaja boleh membantu anak anda kekal sihat, bahkan juga boleh membantu anda mengawal berat badan semasa hamil dan selepas bersalin.

- Kredit: Hello Doktor