PENCIPTA Big Foot Candy, Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd melancarkan Himalaya Salt Sports Candy, menyasarkan mereka yang gemar bersukan serta beraktiviti di luar.

Pengasas dan Pengarah Urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd, Kenny Low berkata, inspirasi di sebalik gula-gula sukan ini berlaku semasa perjalanan mendaki bersama sahabatnya.

Peluh berlebihan menyebabkan penurunan kepekatan natrium dalam aliran darah dan ini mengakibatkan Kenny mengalami kekejangan yang teruk. Ketika itulah dia mengharapkan adanya gula-gula (dengan kandungan natrium) seperti itu untuk membantu.

Bahan utama gula-gula sukan iaitu garam Himalaya semula jadi. Ia mengandungi lebih daripada 80 kesan semula jadi mineral seperti potassium, magnesium dan kalsium yang semuanya dijumpai secara semula jadi di dalam badan.

Turut diperkenalkan duta gula- gula sukan itu, Goh Liu Ying, pemegang pingat Perak Olimpik 2016 dalam beregu campuran badminton, kerana dia merupakan contoh peranan yang sesuai untuk pemain muda, baik lelaki mahupun wanita.

Syarikat juga melancarkan Himalaya Pastilles Peppermint yang bersaiz kecil. Kedua-dua Himalaya Salt Sports Candy (15g) dan Himalaya Pastilles Peppermint (25g) adalah disahkan halal dan boleh didapatkan di farmasi-farmasi utama, pasar raya, dan pasar raya besar di seluruh negara.