HASIL tangan jenama Romyda_KL yang halus, menjadikan teknik batik yang lama boleh diberi sentuhan kontemporari dan segar, seterusnya diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan Piala Seri Endon.

Ia adalah kerjasama kali pertama Piala Seri Endon dengan jenama tempatan untuk koleksi sangat eksklusif tersebut. Menariknya koleksi Romyda-KL itu menggunakan fabrik daripada juara pertandingan rekaan batik berprestij sebelum ini. Gayanya pula menitikberatkan corak batik pada perincian seperti gaya lengan, garis pinggang, lengan baju kimono dan pemilihan silhouette.