JENAMA fesyen MeiChi melancarkan Koleksi Luruh/ Musim Sejuk ilham Renaissance iaitu Seventeenth. Fesyen ini dapat memenuhi pelbagai acara menarik sepanjang musim ini termasuk acara sosial, korporat dan makan malam. Koleksi terkini dengan Label Emcee Couture oleh byMeiChi, mahu menghiasi wanita yang mencari gaya tersendiri untuk musim ini.

Diilhamkan Era Renaissance, koleksi Seventeenth mencerminkan kemegahan, roman dan kesenian abad ke-17. Koleksi ini juga mempunyai siluet kontemporari dengan unsur-unsur reka bentuk seperti skirting besar dan lengan panjang termasuk hiasan manik berkilau, bulu halus dan renda bersulam tangan. Pemilihan warna busana juga memainkan peranan penting apabila menggunakan warna merah dan biru dengan sentuhan emas yang biasanya dipakai oleh golongan bangsawan.