BAGI ibu bapa yang ada masalah ruam lampin pada anak mereka, Eurodrug Laboratories (M) Sdn Bhd ada penyelesaiannya dengan produk baharunya Diapo-Care. Diapo-Care dirumus dengan dua bahan aktif iaitu Perencat Enzim Protease (Protease Enzyme Inhibitors; PEi) dan Dexpanthenol, yang berkesan merawat dan mencegah punca ruam lampin. PEi semula jadi yang terdapat dalam Diapo-Care menyekat aktiviti enzim protease dalam najis yang merosakkan lapisan perlindungan sel kulit yang diperkaya dengan protein. Pada masa sama, Dexpanthenol membentuk pelindung yang membantu pertumbuhan semula kulit di bahagian yang terjejas. Kombinasi kedua-dua bahan ini menjadikan Diapo-Care penyelesaian yang ideal untuk penjagaan ruam lampin menerusi mod dwitindakannya. Selain kesenangan untuk menyapu dan menanggalkan Diapo-Care®, krim ini juga tidak menimbulkan alahan, tidak mengandungi pewangi dan pewarna. Diapo-Care kini boleh didapati di klinik-klinik dan kedai farmasi di Malaysia.