JENAMA produk barangan bayi, Baby Koala melancarkan Label Botol Baby Koala yang menjadikan penyimpanan susu ibu lebih mudah.

Label Botol Baby Koala dihasilkan daripada silikon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas dari BPA, BPS, PVC dan phthalate selain mesra alam dan tidak toksik.

Produk disasarkan kepada ibu yang menyusu membolehkan mereka melabel botol dengan maklumat nama, tarikh, kandungan yang mudah dibasuh dan ditulis semula.

Setiap pek Label Botol Baby Koala berharga RM49.40 dan mengandungi empat keping label botol yang sangat elastik dan fleksibel bersama satu pen marker dengan dakwat yang mudah dipadamkan dengan air.

Label Botol Baby Koala diedarkan oleh Bebehaus, Baby Dots, Babyland SS2 dan boleh didapati di platform membeli-belah atas talian Shopee dan Motherhood.com.my.

Layari laman Facebook www.facebook.com/babykoalaland, Instagram @babykoalaland atau e-mel kepada hellobabykoala@gmail.com untuk maklumat dan pertanyaan.