EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan barisan ‘Nissan Intelligent Mobility’ di antaranya kereta 100% elektrik Nissan LEAF Serba Baharu dan sistem e-Power.

Sejak dilancarkan pada 2010, Nissan telah menjual lebih 350,000 unit Nissan LEAF di seluruh dunia. Nissan LEAF Serba Baharu telah direka semula sepenuhnya dengan menggabungkan pelbagai aspek serta rekaan baharu yang dinamik dan teknologi-teknologi termaju. Tahap kelengkapan dan senarai teknologi mungkin berbeza, bergantung kepada pasaran.

Nissan LEAF Serba Baharu hadir dengan e-powertrain termaju. Dengan pek bateri 40 kWh Lithium-Ion baharu, ia kini berupaya menawarkan jarak pemanduan sehingga 400km (kitaran Japan JC08**) dengan sekali caj.

Manakala output kuasa 110kW dan tork 320Nm pula menambah baik aspek pecutan serta keseronokan memandu 150 batu dengan EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS), 380km dengan NEDC (Kitaran Pemanduan Eropah yang baharu)

PEMANDUAN BERAUTOMATIK

Nissan LEAF menampilkan teknologi pemanduan berautonomi ProPILOT yang digunakan sewaktu memandu di laluan tunggal di lebuh raya. Apabila diaktifkan, ia akan mengikut kenderaan di hadapan berdasarkan kepada jarak yang telah ditetapkan sebelumnya dan memastikan anda berada di tengah-tengah lorong pemanduan (walaupun ketika berada di selekoh).

ProPILOT juga boleh menghentikan kenderaan sepenuhnya, bergantung kepada keadaan trafik dan mengambil kelajuan apabila trafik kembali bergerak.

Satu lagi inovasi yang mampu meningkatkan pengalaman memandu Nissan LEAF Serba Baharu ialah e-Pedal. Ia membolehkan pemandu memecut, memperlahankan kenderaan, berhenti dan menetapkan kedudukan kenderaan dengan hanya menggunakan pedal minyak. Maklum balas e-Pedal yang reaktif memaksimumkan keseronokan pemanduan EV.

REKAAN BERTEKNOLOGI

Rekaan luaran Nissan LEAF Serba Baharu menampilkan profil yang rendah dan kemas, sekali gus memberikannya rupa yang tajam dan dinamik. Dengan aspek aerodinamik terbaik, terdiri daripada lampu utama signatur berbentuk boomerang, rekaan V-motion nyata menyerlah pada bahagian hadapan, bersama gril berwarna biru cerah dan kemasan biru pada bampar belakang, seterusnya menampakkan ia kenderaan yang dilengkapi teknologi hebat.

Ruang dalaman Nissan LEAF Serba Baharu telah direka semula untuk menghasilkan persekitaran yang menenangkan, premium dan moden. Panel hadapan baharu dalam bentuk ‘gliding wing’ memberikan pandangan yang dinamik kepada pemandu.

Sementara jahitan berwarna biru pada tempat duduk, papan pemuka dan stereng telah disepadukan sebagai simbol kenderaan Elektrik Nissan.

Selain Nissan Intelligent Mobility dan Nissan LEAF serba baharu, ETCM turut mempamerkan sistem e-POWER, Nissan Serena S-Hybrid, Navara - Black Series, X-Trail X-Tremer dan Nissan Almera - Black Series baharu.

Terokai Nissan Intelligent Mobility pada acara KLIMS’18 berbaki satu hari lagi di MITEC Level 2 atau layari laman web www.nissan.com.my/nissanintelligentmobility/klims2018 untuk masa depan yang lebih maju.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew (tiga, kiri) ketika singgah di booth Nissan