YAN - Sekolah Tahfiz Ibnu Abbas (Setia), yang terletak di Sedaka, Yan memerlukan dana sebanyak RM30,000 bagi tujuan pembangunan.

Guru Besar, Mohd Aizat Zakaria berkata, sekolah ini akan memulakan sesi pengajian pada 1 Januari 2019.

Pihaknya kini sedang berusaha untuk mendapatkan dana bagi memastikan pelajar dapat memulakan sesi pembelajaran dengan sempurna.

"Memandangkan bangunan baru empat tingkat di sekolah Setia masih belum dibina, maka sesi pengajian akan dijalankan di bangunan sementara yang diwakafkan oleh tuan tanah," katanya.

Menurut Mohd Aizat, bangunan sementara ini terpaksa dinaiktaraf untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid dan juga guru.

"Sehubungan itu, Jawatankuasa Setia merayu sumbangan, wakaf tunai, zakat atau infak untuk kerja-kerja naiktaraf ini.

"Kita juga turut menerima wang Tidak Patuh Syariah bagi tujuan pembangunan ini," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan ke akaun bank CIMB 8603211743 atas nama SRITI Ibnu Abbas.

Sebarang sumbang boleh maklumkan kepada pihak Setia dengan menghubungi Bendahari, Aziz Abdullah di talian 0193104609 untuk tindakan lanjut.