KUALA SELANGOR - Kekosongan kerusi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan akan diisi secepat mungkin selepas pembentangan Belanjawan Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menjelaskan, pihaknya juga tidak mahu kerusi exco itu dibiarkan kosong terlalu lama lebih-lebih lagi memangku tugas terbabit.

"Kalau boleh, saya nak umum selepas pembentangan bajet Selangor nanti tapi tarikh perlu dimuktamadkan dengan Sultan Selangor terlebih dahulu.

"Insya-ALLAH semuanya akan diumumkan selepas menerima perkenan Sultan Selangor sebaik sahaja selesai pembentangan bajet Selangor nanti dan kalau boleh, sebelum berakhir tahun ini," katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Lantikan exco baharu selepas PRK Seri Setia ]

Adun Sungai Tua itu turut memaklumkan, Selangor sehingga kini masih mempunyai sembilan barisan exco berbanding 10 exco di negeri lain.

"Jadi, saya masih memikul tugas exco lain dan kalau boleh, saya mahu selesaikan kekosongan kerusi exco ini secepat mungkin," katanya.