SHAH ALAM -Persiaran Bandaraya di Dataran Kemerdekaan di sini, akan ditutup hingga 12 tengah malam esok.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata ia bagi melancarkan penganjuran program  Semarak Seni dan Budaya (Senada) – Masakan dan Makanan Warisan Selangor Tahun anjuran Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (Padat) di lokasi terlibat.

“Orang ramai digesa tidak guna laluan jalan dinyatakan pada tempoh tersebut untuk elak kesesakan lalu lintas dan sentiasa patuhi arahan dari masa ke semasa yang diberi pihak MBSA. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan  Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA ditalian 0355222734,”katanya.