KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menandatangani memorandum persefahaman tambahan bersama 12 rakan kongsi bagi Projek Kebun Kejiranan Local Agenda LA21 (KL) 2018 semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kesemua rakan kongsi berkenaan merupakan rakan kongsi baharu yang akan bersama-sama dengan rakan kongsi sedia ada.

Menurutnya, pendekatan itu melibatkan tiga pihak berkepentingan iaitu masyarakat setempat, sektor kerajaan dan swasta  bagi sektor swasta.

“Program LA 21KL adalah perkongsian pintar yang sepatutnya dijadikan norma kepada warga kota Kuala Lumpur. Program-program yang mengambil pendekatan ‘inclusion’ dan ‘public engagement’ adalah penting bagi memenuhi kepentingan dan kebajikan anggota komuniti dalam membina kehidupan yang berkualiti dan sejahtera serta komuniti yang bersatu-padu.

“Saya berharap agar kejayaan program ini akan menjadi pencetus serta perangsang kepada kejayaan program-program lain yang akan datang.

“Terutama sekali, kepada rakan kongsi yang baru, saya amat berharap bahawa Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani nanti akan meningkatkan kerjasama erat di kalangan rakan kongsi dan komuniti terbabit. Mudah-mudahan, matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai dengan mudah,” katanya.

Tambah beliau, sebahagian daripada rakan kongsi baharu itu akan mengambil bahagian dalam Anugerah Kebun Kejiranan LA21 Kuala Lumpur yang akan dianjurkan pada Februari tahun depan.

“Barisan panel-panel pemilik Bagi anugerah yang terdiri daripada barisan professional dan pakar dalam bidang masing-masing telah dikenal pasti,”katanya.