SERDANG -Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 20 bakal menganjurkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2019, Isnin ini.

Program berlangsung jam 8 malam akan diadakan lot parkir Jalan 18/35, Taman Seri Serdang.

Ahli majilis JKP Zon 20, Mohan Singh berkata, sesi bual bicara keselamatan antara pengisian program selain persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah.

"Program turut menampilkan persembahan istimewa kumpulan nasyid Inteam.

"Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dijangka hadir dalam program tersebut," katanya.