KUANTAN – Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini ditutup sepenuhnya petang ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusof berkata, penutupan semua PPS itu ekoran keadaan banjir pulih sepenuhnya dan mangsa kembali ke rumah masing-masing.

Menurutnya, perkembangan positif itu ekoran air yang melimpah di kawasan terjejas sudah surut dan keadaan cuaca juga bertambah baik tanpa hujan sejak petang semalam.