ALOR GAJAH - A' Famosa Resorts menawarkan pakej penginapan yang dinamakan Ho!Ho!Ho! iaitu serendah RM76 seorang termasuk sarapan pagi sempena cuti persekolahan yang masih berbaki beberapa hari.

Menariknya pakej berkenaan turut membolehkan pelanggan menikmati tiket masuk ke karnival taman tema 'yangOld West' yang bertemakan 'bergoyang sambil berguling' pada tahun ini.

Wakilnya, Alice Lim berkata, seperti setiap tahun pihaknya tidak ketinggalan memeriahkan cuti suasana persekolahan dan perayaan Krismas dengan pelbagai perhiasan yang kreatif dari luar bangunan hingga ke dalam bangunan.

Menurutnya, selain itu juga di Old West pengunjung akan terpesona dan teruja dengan perhiasan lampu luar biasa menerusi replika sebuah gitar tertinggi kira-kira lebih enam meter yang diperbuat daripada pokok Krismas.

Katanya, lokasi yang menawarkan persembahan setiap malam itu pasti akan memberi kenangan terindah dengan pelbagai keunikan persembahan dan mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket promo menerusi harga RM36 bagi dewasa manakala RM30 untuk seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

"Ini satu usaha kita untuk menceriakan kawasan tema itu dan pastinya pengunjung tidak akan ketinggalan merakamkan kenangan bersama keluarga tersayang dengan bergambar di situ.

"Malah hiasan kali ini lebih memaparkan hiasan ala rock and roll yang begitu berbeza berbanding tahun lalu," katanya.

Alice Lim berkata, pengunjung juga berpeluang menjamu selera dengan set hidangan Krismas di Restoran The Ranch Steak House yang menawarkan harga berpatutan iaitu RM39 seorang bagi tempahan awal dengan menu sup cendawan, ayam Belanda dan lain-lain lagi.