TANAH MERAH - Ibu tunggal tiga anak ini terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga selepas berpisah dengan suami tujuh tahun lalu, dengan mengambil upah mencucuk sate.

Wanita tabah itu, Norhayati Abdullah, 38, berkata, hidupnya bertambah perit selepas salah seorang anaknya adalah orang kelainan upaya berusia 12 tahun, juga perlu perhatian sepenuhnya.

Menurutnya, dengan pendapatan RM15 sehari, dia bergantung sepenuhnya dengan sumber rezeki dari pekerjaannya itu.

"Hanya inilah yang mampu saya lakukan ekoran anak saya yang kurang upaya perlukan perhatian dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

"Manakala dua lagi anak saya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan untuk menguruskan mereka," katanya.

Norhayati berkata, walaupun agak sukar namun dia tetap nekad bekerja bagi menguruskan tiga anaknya itu.

"Saya sanggup berkorban untuk mereka, saya rela bersusah dan bekerja walau upah tidak seberapa, namun dengan usaha ini dapatlah saya menampung kehidupan dan meneruskan kelangsungan hidup.