TANAH MERAH - PKR Tanah Merah membuat laporan polis terhadap bekas Setiausaha PKR Cabang Tanah Merah, Mohd Iswadi Ismail.

Timbalan Ketua Cabangnya, Mohd Hanuzi Zaharim berkata, jawatan Iswadi itu sudah tidak sah lagi selepas mesyuarat PKR Cabang melantik Azam Hafizi Mustapaha pada 25 Oktober lalu.    

“Selepas tempoh itu, beliau tidak ada apa-apa jawatan dalam parti.

“Kerana itu, saya bersama beberapa AJK PKR Cabang membuat laporan polis, ditambah Mohd Iswadi telah menyebarkan surat undi tidak percaya terhadap Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Mohamad Suparadi Md Nor yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Tanah Merah dan Timbalan Ketua Cabang, Mohd Hanuzi Zaharim,” katanya.

Jelasnya, Mohd Iswadi telah menggunakan kepala surat rasmi PKR beserta tanda tangannya untuk menyebarkan maklumat tersebut menerusi aplikasi WhatsApp dan kepada media Sinar Harian.

“Mohd Iswadi tidak berhak menulis surat itu.

“Kami membuat laporan polis terhadap penipuan yang dilakukan Mohd Iswadi dan berharap akan siasatan dapat dijalankan terhadapnya.