TANAH MERAH - Seorang warga emas cedera ringan dalam kemalangan melibatkan motosikal dan sebuah lori di jalan Kampung Paloh di sini kira-kira jam 11.40 pagi ini.

Mangsa dibantu Penolong Pengarah Bahagian Operasi,Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Hussin Ab Rahman yang kebetulan melalui jalan yang sama.

Hussin berkata, warga emas yang menunggang motosikal dipercayai gagal mengelak lori yang dikatakan sedang membelok.

"Mangsa diberi rawatan awal dan dibawa ke tepi jalan sementara menunggu ambulans untuk bantuan susulan.

"Kita sedia membantu masyarakat dalam apa jua situasi dan memberi bantuan segera," katanya.

Hussin berkata, walaupun beliau dalam perjalanan untuk ke program bantuan kemasyarakatan bagi menyampaikan sumbangan, namun membantu pihak yang dalam kesusahan turut menjadi tugas dan tanggugjawab pihak bomba.