PASIR MAS - Hampir 300 penduduk di Kampung Kubang Pak Itam, Meranti di sini terputus hubungan apabila jalan utama masuk ke kawasan berkenaan di tenggelami banjir.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan kampung berkenaan ditenggelami banjir sedalam 1 hingga 1.5 meter.

Ekoran itu penduduk terpaksa menggunakan bot enjin galah untuk keluar masuk dalam melakukan urusan harian.

Menurut penduduk, Kampung Kubang Pak Itam mula ditenggelami banjir sejak empat hari lalu.

Selain Kubang Pak Itam, Kampung Siput turut ditenggelami banjir.

Sementara itu, laman sesawang Infobanjir.water.gov.my setakat jam 4 petang menunjukkan paras air Sungai Golok berada di paras amaran iaitu 8.63 meter berbanding semalam 8.84 meter.