KOTA BHARU - Seorang buruh tidak mengaku salah di mahkamah sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan mencabul anak gadisnya yang berusia 17 tahun, awal bulan ini.

Pertuduhan terhadap buruh berusia 48 tahun dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan melibatkan kontak fizikal tanpa persetubuhan terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun di sebuah rumah tanpa nombor di Machang, pada jam 2 pagi, 7 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar.

Kes disebut semula pada 20 Januari depan.