KOTA BHARU – Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan air tertinggi iaitu 8.80, menghampiri paras bahayanya, 9.00.

Sehingga jam 6 petang ini, menurut portal rasmi E.Banjir, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang sahaja yang menunjukkan angka menaik, namun keadaan masih terkawal dan tiada sebarang pusat pemindahan dibuka.

Empat sungai utama yang lain mencatatkan bacaan menghampiri paras berjaga-jaga iaitu Sungai Galas di Kampung Lembaga mencatatkan 82.64 (85.00),Sungai Galas di Limau Kasturi dengan bacaan 55.52 (56.00), Sungai Sungai Golok di Jenob ialah 20.69 (21.50) dan Sungai Sungai Golok di Kuala Jambu, dengan bacaan 1.93 (2.00).

Manakala enam sungai lain melebihi paras normalnya iaitu Sungai Lebir di Kuala Koh dengan bacaan 63.03 (62.00), Sungai Lebir di Tualang pula mencatatkan bacaan 25.36 (23.00), Sungai Kelantan di Kuala Krai, 18.59 juga melebihi normalnya 17.0.

Tiga sungai lain ialah Sungai Kelantan di Kusial dengan bacaan 10.23 melebihi normal 10.00 dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam iaitu dengan bacaan 1.11, dan Sungai Kelantan di Air Mulih, dengan bacaan 3.46 (normal 1.00).

Sementara itu, empat kawasan lain masih berada di bawah paras normal iaitu Sungai Galas di Dabong, mencatatkan bacaan 26.72 (normal 28.00), Empangan Bukit Kwong dengan bacaan 15.88 (normal 16.76), Sungai Semerak di Pasir Putih dengan bacaan 0.28 (normal 0.40) dan Sungai Pergau di Air Bol pula mencatatkan bacaan 69.09 (normal 70.00).