TUMPAT - Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan bandar Tumpat, di sini, dinaiki air.

Kawasan yang terjejas adalah jalan di hadapan pejabat Pos Tumpat dan ia ditutup kepada kenderaan ringan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat (MDT), Rosnazli Amin berkata, masalah sistem longkang dan paras air sungai yang meningkat menyebabkan jalan itu dinaiki air sedalam 0.3 meter.

"Paras air sungai yang meningkat menyebabkan aliran keluar air longkang menjadi perlahan.

"Jalan yang dinaiki air dalam bandar Tumpat ini akan surut jika hujan berhenti," katanya.Tiada pemindahan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) direkodkan setakat ini.