Now Playing 'Monggeng' ayam!

'MONGGENG' ayam! Ada yang tidak makan, namun tidak kurang juga ramai yang menggemarinya sehingga wujud menu  "Monggeng" ayam bakar madu.
Pengusaha Borneo Chicken Wing,  Shazali Mat Zin, 42, berkata, dia pada asalnya menjual sayap ayam bakar madu, namun terdapat permintaan yang tinggi terhadap "Monggeng" ayam menyebabkan dia turut sama menawarkan menu itu di gerai bergeraknya.
Katanya, dia dibantu pekerjanya, Mohd Kamil Mohd Alwi menjalankan perniaga di Bandar Baru Kubang Kerian bermula jam 5 petang sehingga jam 11 malam.
Laporan: MOJO Sinar Harian Kelantan ADILA SHARINNI WAHID

Komen
Berita Terkini