Onde Onde, Teh Tarik dan durian adalah makanan kegemaran dan kebanggaan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan ketiga-tiga hidangan ini merupakan identiti rakyat dan digemari ramai. Ia bukan sahaja popular dikalangan masyarakat Melayu bahkan kaum Cina, India dan lain-lain juga amat menggemari makanan-makanan ini.

 

Onde-onde atau dikenali sebagai buah Melaka, sangat terkenal dan menjadi pilihan terutamanya dikala tibanya bulan puasa. Ia diperbuat daripada tepung pulut dan gula melaka serta disalut dengan parutan kelapa. Rasanya yang manis-manis lemak menyebabkan kuih ini sentiasa menjadi sebutan.  

 

 

Selain itu, bagi kategori minuman, semestinya teh tarik menduduki tangga teratas dikalangan minuman paling digemari ramai. Lihat sahaja dimana ada restoran yang menyediakan teh tarik paling kaw, pasti sentiasa penuh dengan pelanggan yang datang untuk menikmati minuman ini. Cara pembuatannya ringkas sahaja. Daun teh berkualiti dibancuh bersama air panas dan susu pekat serta ditarik hingga berbuih namun keenakannya sangat memukau deria rasa!  

 

 

Malaysia juga terkenal dengan buah durian. Bila tiba musim durian, ia ibarat pesta bagi para penggemarnya. Terdapat pelbagai variasi serta jenis raja buah yang ada dipasaran dan setiap satunya mempunyai keistimewaan serta keenakannya yang tersendiri. Ada yang mempunyai rasa manis, ada yang berlemak dan juga pahit. Masing-masing memenuhi citarasa peminatnya yang pelbagai serta berbilang bangsa.

 

Oleh itu bersempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-60, KitKat Chocolatory menampilkan tiga perisa baharu yang diinspirasikan dari ketiga-tiga makanan kebanggaan rakyat Malaysia ini. Kitkat berperisa Onde Onde, Teh Tarik dan Durian semestinya sangat istimewa! Wafer rangup yang disalut dengan coklat putih berperisa pandan dengan rasa gula melaka dan garam laut serta ditabur dengan parutan kelapa, diikuti KitKat berperisa teh yang ditabur dengan serbuk teh hitam serta kacang gajus dan juga kombinasi coklat putih yang diadun bersama emping durian serta serbuk biskut yang semestinya memukau rasa.

 

 

Jika ditanya tentang rasa? Hanya ayat “WOW” sahaja yang boleh diucapkan. Ya…memang wow sangat rasa KitKat Onde Onde, Teh Tarik dan Durian ni! Seolah-olah anda menikmati Onde Onde, teh tarik dan durian yang sebenar! Ternyata KitKat edisi kemerdekaan ini sangat istimewa dan anda wajib cuba. Sebab lain anda perlu cuba KitKat Onde Onde, Teh Tarik dan Durian juga kerana ia hanya ada di Malaysia sahaja dan tidak boleh diperolehi di negara-negara lain.

 

Khas untuk para penggemar coklat juga, KitKat bersama-sama dengan Chef Selebriti tersohor negara, Chef Anis Nabilah turut memperkenalkan koleksi KitKat istimewa iaitu Anis’ Ice Cream Potong Creation’. Ia adalah ciptaan Chef Anis sendiri yang diinspirasikan dari perisa aiskrim potong yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dahulu lagi.

 

Antara perisa yang terdapat dalam Anis’ Ice Cream Potong ini adalah Mango Harum Manis, Rose Sirap Bandung, Coconut Santan dan Three Layer Tea Klasik. Sekali cuba, pasti anda akan terpesona dengan rasanya yang hebat.

 

Dalam setiap gigitan, anda akan dapat merasai kenikmatan seolah-olah sedang menikmati ais krim potong klasik yang sangat sangat enak sama seperti yang anda pernah rasa sewaktu kecil-kecil dulu. Fuhhh…Memang mengimbau nostalgia! Bukan setakat rasa je sedap, koleksi ini juga didatangkan dalam ‘packaging’ yang menarik. Jadi, sesuai sangat kalau nak dijadikan hadiah buat teman-teman istimewa anda.

 

Tak sabar nak rasa? Dapatkan Kitkat edisi istimewa ini di pasaran sekarang! Anis’ Ice Cream Potong Creation boleh didapati pada harga RM30 sekotak. Bagi KitKat Onde Onde, Teh Tarik dan Durian, ia berharga RM13.90 dan boleh didapati bermula dari Ogos hingga September sahaja. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini!