BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 180ml air (untuk bahan uli)
  • 5 sudu makan minyak masak
  • 1 biji telur
  • 2 cubit serbuk kunyit
  • Air didihan | campur dengan 2 sudu makan garam (untuk celur mi)

 

CARA MEMASAK:

1.   Masukkan bahan tepung, air, telur, minyak dan serbuk kunyit. Uli hingga jadi doh. Tekstur doh memang keras sedikit.

2.   Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses gulung mi.

3.   Setkan mesin manual pasta untuk proses gulung pertama iaitu no.7. (gulung doh jadi leper & panjang ikut suka). Proses gulung kedua untuk lebih halus, set no.4.

4.   Dah selesai proses gulung doh jadi halus & panjang, lumur permukaan doh dengan minyak untuk elak dari melekat.

5.   Kemudian masukkan pula doh ke dalam proses gulung untuk dijadikan mi. Ulang proses yang sama hingga habis.

6.   Didihkan air bersama garam kemudian masukkan mi tadi. Masak anggaran dalam 1-2 minit. ( jika mi sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan)

7.   Mi yang telah dimasak tadi perlu dilalukan di bawah air paip. Toskan hingga air kering.

8.   Gaul mi bersama sedikit minyak amsak untuk mengelakkan ia dari melekat serta tahan lama.

9.   Mi ini tahan lebih kurang seminggu lebih.

 

 

Kredit resipi & gambar:  Hariati Henri via MAHN