Baru-baru ini laluan baru MRT yang menghubungkan Sungai Buloh - Kajang telah dibuka kepada orang ramai dan terdapat 31 stesen di sepanjang laluan. MRT ini sememangnya memberi kemudahan yang sangat banyak kepada para pengguna dimana ia menjimatkan masa serta mengurangkan kesesakan lalu lintas. Gerabak yang berhawa dingin, selesa dan servis yang cepat menjadikan perkhidmatan MRT ini sebagai pengangkutan awam terbaik yang perlu anda cuba. ‘Seriously’ tak perlu tunggu lama untuk naik MRT. Andai terlepas satu ‘trip’, dalam beberapa minit sahaja gerabak lain akan sampai. Sangat cepat!

Jangan tak tahu, di sepanjang laluan MRT ini juga ada pelbagai tempat-tempat makan best yang boleh anda cuba. Tak perlu bersusah payah mencari parking. Hanya naik MRT dan turun di stesen yang berdekatan. RASA nak kongsikan dengan anda beberapa ‘spot’ makan terbaik yang perlu anda terjah di hujung minggu ni. Memang sedap, harga yang berbaloi dan pasti tak rugi kalau cuba. Antaranya yang boleh tuju ialah:

 

1. Nasi Ayam Warisan KD

 

 

Terletak di seksyen 6 Kota Damansara, lokasi ini adalah tempat terbaik untuk menikmati nasi ayam. Didatangkan dengan dua jenis ayam iaitu ayam kukus dan ayam goreng, semestinya sekali cuba pasti anda akan datang lagi. Sambil-sambil makan nasi ayam, boleh juga nikmati air kelapa segar dari gerai sebelah sebagai penghilang dahaga. Sedap! Sesuai sangat layan dikala musim panas ni.

 

Alamat: Jalan Cecawi 6/19a, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Mesti cuba: Aneka nasi ayam dan juga air kelapa segar

Harga: RM6.00

Waktu operasi: 10pagi - 8 malam

Stesen MRT: Kota Damansara

 

 

2. Wing Stop

Kalau rasa nak makan hidangan kepak ayam yang pelbagai perisa, Wing Stop adalah lokasi wajib anda tuju. Restoran ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan merupakan jenama dari Amerika Syarikat. Ia menyajikan kepak ayam segar yang didatangkan dalam 10 perisa yang pastinya membuatkan anda kecur liur. Antara perisanyanya ialah Louisiana Rub, Garlic Parmesan, Mango Habanero, Classic Buffalo, Sambal Pedas, Lemon Pepper, Hickory Smoked Barbeque, Oriental Sweet Soy, Atomic dan Balinese Spice. Selain kepak ayam, anda juga boleh menikmati sajian burger, tenders, paha dan ricebox. Oh ya, Onion Ring dekat kedai ni pun best! Kena cuba.

 

Alamat: Lot G51, The Street, The Curve, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Mesti cuba:  Kepak ayam Classic & ‘hand-breaded’ berperisa Lousiana Rub, Balinese Spice, Hickory Smoked Barbeque,  Garlic Parmesan & onion ring.

Harga: Bermula dari RM14.00

Waktu operasi: 11pagi - 11 malam

Stesen MRT: Mutiara Damansara

 

 

3. Meatball Ikea

kredit gambar: ikea ( meatball)

Ikea adalah syurga bagi individu yang suka menghias kediaman. Selain itu, ia juga terkenal dek hidangan bebola daging atau “ meatball” yang enak. Sememangnya “best meatball in town”!Bila dah terkenal, pastinya  akan menjadi tumpuan orang ramai. Bagi anda yang nak datang kesini dan cuba meatball , naik sahaja MRT. Lebih mudah, selesa dan tak perlu pening nak cari tempat letak kereta. Jadi, orang-orang Kajang, kalau rasa nak makan meatball di Ikea, boleh naik MRT dan turun di stesen Surian ataupun Mutiara Damansara. Lebih kurang satu jam sahaja dah sampai. Jika hendak ke Ikea Cheras, boleh turun di stesen MRT Cochrane.

 

Alamat: Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Mesti cuba:  Meatball, karipap, kepak ayam goreng, aneka pasta dan manisan.

Harga: Meatball ( RM12/10 biji), kepak ayam goreng ( RM12 ), pasta bersama bebola daging ( RM10.40), aneka kek ( RM6.30-RM7.90)

Waktu operasi: 9.30pagi - 11.00 malam

Stesen MRT: Mutiara Damansara

 

 

4. Little Fat Duck

Jika anda singgah di stesen Bandar Utama, anda juga boleh berkunjung ke pusat membeli-belah One Utama dan cuba pasta di kafe The Fat Duck. Kedai ini menyajikan hidangan pasta dengan harga yang sangat murah,. Hanya RM6 untuk setiap hidang. What?! Memang tak masuk akal kan? Kedai dalam pusat membeli-belah terkenal kot. Tapi percayalah, memang murah dan pada setiap hari, ada ‘special offer’ tertentu yang mana anda boleh dapatkan hidangan dengan harga RM5. Ya! Memang berbaloi. Antara seleksi pasta yang anda boleh cuba di kafe ini adalah Bolognaise, Bechamel, Sausage Spinach Carbonara, Chicken Mushroom Mornay dan banyak lagi hidangan-hidangan enak lain. Jangan lupa untuk cuba ya.

 

Alamat:  LG-102A 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Mesti cuba:  Sausage Spinach Carbonara, Chicken Confit, Chicken Mushroom Mornay & puding.

Harga: RM6

Waktu operasi: 10.00pagi - 10.00 malam

Stesen MRT: Bandar Utama

 

 

5.  Penang Road Famous Teochew Chendul

 

Jika dah puas makan pasta, boleh singgah di Penang Road Famous Teochew Chendul untuk nikmati cendol power disini. Semangkuk parutan ais yang dihidangkan bersama santan, gula melaka asli, cendol dan juga kacang merah sememangnya sukar untuk ditolak. Sejukkan tekak dulu sebelum naik MRT balik ke rumah masing-masing. Kafe ni memang santai dan anda disarankan untuk cuba.

 

Alamat: Lot LGK 105,106 & 115, LG Floor Promenade (Food Street) 1 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

Mesti cuba:  Cendol, Penang Curry, Asam Laksa & Rojak

Waktu operasi: 10.00pagi - 10.00 malam

Stesen MRT: Mutiara Damansara

 

6. Pezzo Kafe

 

Jika singgah di stesen Muzium Negara, anda bolehlah berkunjung ke NU Setral. Tempat membeli belah yang berhubung dengan stesen KL Sentral ini sememangnya mudah untuk dituju dan tak perlu naik kenderaan lain pun. Disini, anda boleh cuba piza di Pezzo Kafe. Setiap piza yang dihasilkan diadun serta dihasilkan secara segar setiap hari. Ada pelbagai perisa menarik yang boleh dicuba dan pastinya piza durian adalah satu kemestian. ‘Rare’ sungguh! Rugi tak cuba. Kalau nak cari kafe ni mudah sahaja. Lokasinya terletak berhampiran pintu masuk arah KL Sentral.

 

Alamat: NU Sentral, Kuala Lumpur. Unit CC10, No 201, Jln Tun Sambanthan, 50470 Kuala lumpur.

Jenis Hidangan: Anek Piza

Mesti cuba: Durian King Pizza ( edisi terhad), BBQ Bonanza, Supremo, Cheesy Cheese, Chicken Delight, Big Daddy & Fisherman’s Favourite

Harga: RM7.90-RM8.90 ( 1 keping),  RM22.90 ( 3 keping), RM42.90 ( 1 pan saiz 14”)

Waktu operasi: 10pagi - 10 malam

Stesen MRT: Muzium Negara

 

 

7.  Damascus In Shawarma & Juice

Jika anda meminati hidangan timur tengah, Bukit Bintang adalah syurganya. Terdapat banyak restoran dan kafe menyajikan makanan negara padang pasir ada dibuka di kawasan ini. Salah satu kedai yang wajib dituju ialah Damascus In Shawarma & Juice. Kedai ini menyediakan Shawarma yang dipanggang segar kepada para pelanggan. Lihat sahaja cucuk daging dan ayam tu. Nampak menyelerakan dan sangat “juicy”! Kedai ini terletak berhampiran pusat membeli-belah Lot 10 dan tidak jauh dari Pavilion. Anda hanya perlu turun di stesen MRT Bukit Bintang dan keluar menerusi pintu C. Anda akan jumpa Damascus In Shawarma & Juice di deretan kedai sebelah kanan.

 

Alamat: Jalan Bukit Bintang, GF05, Yayasan Selangor, Bukit Bintang Street, 55100 Kuala Lumpur.

Jenis Hidangan: Hidangan Timur Tengah

Mesti cuba: Shawarma ayam, Shawarma Daging dan aneka jus buah-buahan segar.

Waktu operasi: Isnin-Jumaat: 10 pagi-2 pagi , Sabtu & Ahad: 10 pagi - 3 pagi

Stesen MRT: Bukit Bintang

 

 

8. D’Chucor Kak Linda

“The best cucuq in town”! Admin tak tau nak habaq camna tapi serius cucur di kedai D’Chucor Kak Linda ni sangat-sangat sedap. Istimewanya cucur yang dihasilkan dibuat segar dan digoreng di depan pelanggan. Antara yang paling mendapat sambutan adalah cucur udang, cucur bawang dan cucur pisang. Ada lagi pelbagai makanan lain seperti nasi ambeng, soto, nasi lemak dan macam-macam lagi. Nak pi camna? Ha…anda hanya perlu turun di stesen MRT Sri Raya. Ambil laluan sebelah kanan ( jejantas menyeberangi jalan raya besar ) dan turun ke bawah. Dalam anggaran 100 meter anda akan nampak gerai D’Chucor Kak Linda berhampiran dengan rumah flat Taman Kota Cheras Batu 9.

 

Alamat: Medan Selera Taman Sri Jaya, Cheras Selangor

Jenis hidangan: Aneka cucur, kuih muih, Nasi Ambeng, Nasi Lemak, Lontong, Mi Goreng, Rojak, Mi Sup, Mi Kari, Soto, Laksa.

Mesti cuba: Cucur udang, cucur bawang, cucur pisang, Nasi Ambeng, ABC, Laksa, Lontong.

Harga: RM0.30-RM6.00

Waktu operasi: 7 pagi - 6 petang

Stesen MRT: Sri Raya

 

 

9.Sate Kajang Hj Samuri

Penggemar sate dah tak perlu risau lagi. Sekarang anda boleh ke Kajang dengan mudah dan senang hati untuk menikmati sajian sate kajang. Dari stesen Muzium Negara, dalam masa hanya 45 minit akan akan sampai ke stesen Stadium Kajang. Kedai ini betul-betul di hadapan stesen ini. Tak perlu menapak jauh pun. Bawa warga emas dan kanak-kanak pun sesuai sebab ada disediakan kemudahan lif dan juga eskalator. Memang tak penat turun naik tangga. Bila dah kenyang, boleh balik ke Kuala Lumpur dengan senang hati.

 

Alamat: Bangunan Dato’ Nazir, Jln Kelab, 43000 Kajang, Selangor.

Jenis hidangan: Aneka sate, Sajian Ala carte & minuman

Mesti cuba: Sate ayam, sate daging, sate perut, sate hati & pedal, sate ikan, sate kambing & sate arnab

Harga: RM0.98-RM2.20 ( sate), RM1.90-RM19 ( minuman),  RM 4.80- RM6.30 ( ala carte)

Waktu operasi: Isnin-Khamis: 10.30 pagi-12.30 pagi,  Sabtu& Ahad: 10.30 pagi - 1 pagi. Jumaat: 4 petang - 1 pagi.

Stesen MRT: Stadium Kajang

 

Jom naik MRT!