NASI GORENG AYAM KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

BAHAN AYAM KUNYIT:

  • 100gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
  • Sedikit hirisan kacang buncis
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • Sedikit hirisan cili padi dan merah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis


BAHAN NASI:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minya masak untuk menumis

 

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Ketepikan.

2. Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran dan kacau.

3. Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi.

4. Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.

5. Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.

6. Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit.