INGATKAN tipu tetapi rupa-rupanya memang betul kita boleh shopping kaw-kaw walau gaji tak tinggi mana! Memang tak sangka sebab baru-baru ini Hakak ada dengar pengalaman daripada seorang kawan baik sendiri,

Nur (bukan nama sebenar), dia kongsi cerita macam mana dia boleh hilangkan stres setiap bulan dengan membeli-belah secara online dan dapat balik duit tunai atas pembeliannya.

Awalnya rasa macam mengarut, tetapi bila tahu rahsia yang dia praktikkan selama ini, Hakak percaya dan rasa tak sabar nak join sama.

Tahu tak, rupanya selama ini dia membeli-belah secara online menerusi ShopBack. Patutlah! Hakak bukan apa, memang tahu sangat gaji Nur cuma RM2,000 tapi tengok gaya dia membeli macam orang ‘ada-ada’. Nak juga merasa nikmat shopping.

Sebenarnya ShopBack ini benda bukan baru, mula diperkenalkan pada tahun 2014 dan sudah ramai yang berpuas hati sebab kita dapat jimat banyak.

Apa yang best, setiap kali tengok Nur shopping online dengan ShopBack di laman-laman web seperti Lazada, ZALORA, Shopee, Malaysia Airlines, 11street, Booking.com, Expedia, Foodpanda (dan banyak lagi), Nur akan dapat pulangan tunai. Duit itu pula boleh dipindahkan masuk ke bank akaun Nur untuk digunakan mengikut keperluan semasa.

Kata Nur, selepas 7 ke 14 hari bekerja dia tekan butang cashout, duit ShopBack akan masuk ke dalam bank akaunnya. Hah, nampak tak betapa seronoknya menggunakan ShopBack.

Biasanya Nur akan sambung menggunakan duit itu untuk shopping lagi, maklumlah nafsu membeli perempuan kan luar biasa. Nur akan buka laman web atau aplikasi ShopBack sebab memang segala diskaun, best deals dan kod promo akan dipaparkan di situ untuk lebih penjimatan.

Ini nak hujung tahun pula, lagilah macam-macam sale lalu lalang dengan harga yang seksi! Dan jangan terkejut pada tarikh 12.12 ini anda mungkin akan nampak tawaran menarik di laman web atau app. Mesti kelabu mata nak pilih barang nanti.

Tetapi kalau anda betul nak membeli dengan lebih jimat, ikutlah cara yang Nur guna. Tak kiralah barang elektrik, perabot hiasan rumah, kad tambah nilai, fesyen dan barang kecantikan, atau tempahan perjalanan – anda tetap boleh menyimpan tambahan sehingga 30% rebat tunai kalau anda menggunakan ShopBack.

Haaa… Itulah cara yang Nur menyimpan beribu-ribu dalam akaunnya di atas semua diskaun yang dia dapat dari laman web dalam talian.

Cuba tengok, ini cara Nur menggunakan ShopBack

1. Sebelum membeli apa-apa dalam talian, dia buka ShopBack App. Ok, sekarang anda pun boleh memuat turun dan mendapat pulangan tunai RM10 di https://app.shopback.com/karangkraf macam Nur.

2. Selepas itu sila klik mana-mana kedai online di ShopBack yang biasanya anda berbelanja macam Shopee, Lazada, 11street, Booking.com, Expedia, dan lain-lain lagi.

3. Haaa… kemudian anda akan diarahkan kembali ke laman atau aplikasi yang dipilih. Lihat terma & syarat dan aktifkan cashback.

4. Beli seperti biasa dan tunggu pemberitahuan cashback anda masuk dalam masa 48 jam.

5. Wang akan dimasukkan ke akaun bank anda sebaik sahaja transaksi cashback disahkan dan selepas anda cashout.

Ada lebih daripada 500 laman untuk anda pilih. Tetapi ingat, setiap pengguna ShopBack akan ditawarkan cashback berbeza, sehingga 30%. Maksudnya bila shopping, anda boleh dapat pulangan tunai dan transfer ke dalam bank akaun anda. Ini dapat menjimatkan wang tunai lebih banyak daripada setiap pembelian.

Serius tak akan bosan sebab anda dapat membeli-belah di banyak laman seperti Shopee, Lazada, 11street, Qoo10, AliExpress, fave, dan lain-lain. Patutlah Nur obses sangat membeli secara online!

Hakak pun rasa teruja nak membeli cara Nur, cuma kurang pasti barang apa yang Hakak boleh dapat dengan menggunakan ShopBack. Jadi Hakak tanya Nur dan inilah rahsia yang dikongsikan oleh Nur…

Fesyen

Biasalah perempuan, tak suka pakai benda yang sama. Agak rasa tak ada baju nak pakai, Nur terus buka ZALORA, Cotton-On, FashionValet, ASOS, Doublewoot, BONDS, ChristyNg, Charles & Keith, sampai Nur dapat apa yang dia nak.

Kesihatan & Kecantikan

Nur kata dia dah lama tak berebut dengan orang ramai di mall semata-mata nak beli produk kesihatan dan kecantikan. Sebab dia cuma menggunakan laman Hermo, Sephora, Althea, HaWooo, iHerb, dan Strawberrynet dapatkan apa yang dia perlu.

Makanan dan Barang Dapur

Bila nak beli makanan lebih mudah dan jimat, Nur akan order menerusi Foodpanda, Pappa Delivery, Eatigo, DeliverEat dan dapat membeli barang dapur di HappyFresh, Honestbee, dan lain-lain menerusi ShopBack. Tak payah lagi nak keluar, cuma tekan-tekan guna jari makanan dan barang basah akan sampai depan mata.

Perjalanan

Untung sangat, nak beli tiket bas atau keretapi untuk balik kampung pun ada cashback dari ShopBack. Kata Nur, dia sendiri biasa beli di BusOnlineTicket. Kalau teringin nak balik naik kapal terbang, Nur buat pembelian tiket MAS menerusi ShopBack dan Nur akan mendapat pulangan tunai. Nak tempah hotel pun dia guna cara yang sama, menerusi Booking.com, Expedia, Travelog.com, Hotels.com, dan lain-lain. Best, kan?

Barangan elektrik

Sama juga kalau nak dapatkan barangan elektrik, Nur lebih suka klik laman Senheng, HP, Lenovo, MacMall, GearBest, AVG, atau Norton. Semua ada di situ! Eh, nak tukar pakej internet boleh terus klik Unifi, MAXIS Broadband dari agensi yang disahkan.

Nak dapatkan harga murah kena berkorban sikit, jadi biasanya Nur akan bersedia jam berapa dia patut ada depan komputer shopping demi jimatkan duit. Bijak, kan?

Selain cashback sehingga 30%, untuk jualan pada 12.12 ini, ada RM12 super cashback jika anda membuat pembelian pada jam:

12.12 pagi – 12.24 pagi

12.12 malam – 12.24 malam

9.12 malam – 9.24malam

Nanti bolehlah kaum perempuan shopping tanpa rasa takut-takut di laman popular. Ingat, pastikan anda di luar sana kunci tarikh ini dalam kalendar siap-siap.

Kalau tergolong jenis kaki shopping tapi gaji tak berapa nak besar macam Nur, silalah download aplikasi ShopBack secepat mungkin dengan klik (link) ni yang mana selepas mendaftar anda boleh dapatkan bonus RM10 atau anda juga boleh terus ke laman web www.shopback.my untuk memuat turun cashback.

Jangan lupa untuk sertai laman web ShopBack 12.12 di Facebook (klik di sini)dan kalau bernasib baik anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM15K termasuk Apple iPhone XS 5.8 inci yang bernilai RM4999, memiliki jam jenama Suuntoo bernilai RM2699, dan jam tangan Fossil bernilai RM1272 dari Lazada, serta Nike Air Max, Tefal Cookware, baucar Shopee dan banyak lagi.

Sekarang, pilihan ada di tangan ada. Nak jadi pembeli online bijak macam Nur ke tidak? Rugi sangat kalau tak join promosi membeli-belah 12.12 nanti, sangat jimat dan boleh shopping apa yang anda suka.

Selamat membeli-belah kaum wanita!