TAIPING - RedONE Network Sdn Bhd terus melebarkan sayapnya ke Perak dengan pembukaan Kedai Premier ketiganya untuk tahun ini di Perak.

Majlis pembukaan yang barlangsung hari ini disempurnakan Ketua Pegawai Jualan RedONE, Ben Teh dengan turut dihadiri Ketua Wilayah Utara RedONE, Alex Leon dan Pengurus RedONE Negeri Perak, Jasmine Ng.

Sehingga kini Perak mempunyai tujuh Kedai Premier RedONE yang mana tiga daripadanya dilancarkan pada tahun ini iaitu di Lumut, Teluk Intan dan Taiping.

Sementara itu, minggu depan RedONE akan membuka sebuah lagi Kedai Premier di Gerik.

Sementara itu, Ben Teh dalam ucapannya berkata, Kedai Premier RedONE yang dibuka di Taiping diharap akan menjadi antara Kedai Premier terbaik di negara ini.

Katanya, pembukaan Kedai Premier itu juga akan memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan RedONE.

Beliau berkata, RedONE akan melengkapkan 100 Kedai Premier menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya, RedONE juga telah mencapai sejuta pelanggan pasca bayar pada Ogos lalu.