VIVO Malaysia menjemput orang ramai meraikan Hari Krismas tahun ini dengan promosi hebat Vivo pada model Vivo V11i dan Vivo Y81i!

Vivo V11i dan Vivo Y81i yang masing-masing dijual pada harga RM1,099 dan RM499 kini boleh didapati di semua Concept Store Vivo, rakan penjual, penjual sah dan platform membeli-belah atas talian termasuk Lazada, Shopee, 11Street, Lmall dan platform e-Dagang rasmi Vivo, Vivo Store.

Memperkenalkan Vivo Y81i yang dilengkapi skrin Fullview Display yang menawarkan 15.5 peratus lebih banyak ruang tontonan berbanding peranti 16:9 yang lain, Vivo Y81i mempunyai nisbah 87.9 'screen to body ratio' dengan pengurangan bezel berbanding generasi terdahulu Fullview Display.

Y81i menawarkan kamera belakang 13MP dengan teknologi AI Face Beauty yang mampu mengesan jantina, umur, warna dan tekstur kulit malah keadaan pencahayaan akan meningkatkan taraf kecantikan gambar yang diambil.

Y81i juga dilengkapi teknologi Face Access yang memudahkan peranti dibuka pengguna.

Sementara itu, Vivo V11i menawarkan dwi-kamera belakang 16MP+5MP yang dikawal algoritma AI terkini dan mampu mencipta efek bokeh artistik dengan mudah.

Dengan mod AI Backlight, AI Low Light, Ai Scene Recognition dan AI Potrait Framing pastinya mencipta kualiti gambar yang hebat dan berkualiti.

Kuasa V11i dijana oleh 4GB RAM dengan ruang simpanan 128GB ROM, V11i dilengkapi teknologi Fast Charging yang mampu mengecas bateri anda dengan pantas.

V11i menawarkan tiga pilihan warna iaitu  Starry Night, Nebula dan Fairy Pink.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vivo V11i dan Vivo Y81i, lawati Vivo Malaysia di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.