SYARIKAT Synergy JV Global mengadakan majlis pra pelancaran produk aromaterapi Feelinggo yang terdiri daripada dua jenis iaitu Feelinggo Raging dan Feelinggo SmartWhizz Jazzy.

Manfaat utama produk Feelinggo adalah sebagai rawatan alternatif aromaterapi yang dapat membantu dalam meningkatkan emosi pengguna melalui rangsangan deria.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azlin Alias berkata, Synergy JV Global yang beroperasi selama hampir tiga tahun dan mempunyai barisan pengurusan serta kepimpinan yang berpengalaman lebih daripada 15 tahun dalam industri pemasaran produk kesihatan dan kecantikan.

“Feelinggo merupakan projek terbaru syarikat melalui pemasaran produk Essential Oil Treatment.

"Paling istimewa produk ini dihasilkan melalui kerjasama dengan sebuah universiti tempatan dengan kualiti yang sangat tinggi hasil kajian penyelidikan dan inovasi.

Soo Heng (dua, kanan) menyerahkan watikah pelantikan kepada empat stokis negeri yang menjadi antara peneraju utama syarikat.

“Untuk permulaan syarikat memasarkan dua produk utama iaitu Feelinggo Raging dan Feelinggo SmartWhizz Jazzy.

“Untuk produk Feelinggo Raging, ia lebih khusus untuk membantu anak-anak istimewa yang mempunyai masalah autisme, hiperaktif, disleksia dan lain-lain.

"Ia mampu memberi ketenangan kepada anak-anak istimewa ini dan meningkatkan keupayaan minda mereka,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Hadir sama, Loong Soo Heng yang mewakili Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon.

Majlis turut menyaksikan penyerahan watikah pelantikan kepada empat stokis negeri yang menjadi antara peneraju utama syarikat.

Sesuai buat dewasa dan pelajar

Azlin berkata, bagi produk SmartWhizz Jazzy pula, ia menyasarkan golongan dewasa dan pelajar.

SmartWhizz Jazzy dilaporkan mampu meningkatkan tenaga, menguatkan minda, menajamkan pemikiran, memberi ketenangan dan mampu menghilangkan rasa mengantuk.

“SmartWhizz Jazzy sangat sesuai untuk mereka yang memandu jarak jauh, meningkatkan prestasi pelajaran bagi pelajar dan membantu meningkatkan produktiviti kerja.

“Di samping itu, pihak syarikat juga membuka peluang keusahawanan bagi semua golongan seperti suri rumah, pekerja, pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi peluang keusahawanan yang kami sediakan.

Stokis produk, Afida Es Ayub (kanan) bersama Duta Kecil Produk, Siti Zukaikha A Rahim, 16.

“Dengan meraih keuntungan yang tinggi dan pelbagai hadiah menarik, kami menyasarkan untuk melahirkan ramai usahawan yang berjaya merubah taraf hidup dan sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

Jelasnya, pihak syarikat menyasarkan untuk menjual produk terbaru ini sebanyak 500,000 botol dalam suku pertama 2019.

“Untuk menjayakan usaha ini pihak syarikat kini giat merekrut stokis dan ejen di serata negara.

“Satu siri jelajah juga akan diadakan bermula bulan ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 019-710 6596/017-934 7322 atau layari Facebook Feelinggo Raging,” katanya.