ORANG ramai kini boleh memiliki Vivo X21 yang dilengkapi teknologi In-Display Fingerprint pada harga RM1,599 sempena promosi Double 12 Vivo Christmas Carnival Season.

Promosi terhad hanya pada 12 Disember 2018 ini juga menawarkan Vivo Y85 pada harga RM699 dan Vivo Y71i pada harga RM499 dan boleh didapati di semua Vivo Concept Store, rakan pengedar, pengedar sah dan platform membeli-belah Lazada, Shopee, 11Street, Lmall dan platform rasmi Vivo, Vivo Store.

Vivo X21 dilengkapi teknologi In-Display Fingerprint Scanning yang memudahkan pengguna membuka peranti

Selain itu, Vivo X21 didatangkan dengan 12MP dual pixel sensor (24 juta photographic unit) pada kamera hadapan dan belakang dengan pixel fotografi sebesar 1.28um yang membantu meningkatkan kejelasan foto. X21 juga dilengkapi kamera belakang kedua berukuran 15MP. Teknologi AI HDR pula mengesan intensiti cahaya persekitaran, yang membolehkan pengguna menangkap foto indah dalam keadaan latar cahaya terhad atau gelap.

Vivo Y85 juga dilengkap kamera belakang 13MP dengan kamera belakang kedua 2MP untuk memberikan maklumat depth-of-field dan mencapai efek bokeh setaraf DSLR. Dijana teknologi AI Face Beauty, Vivo Y85 mampu mengesan jantina, umur, warna dan tekstur kulit dan pencahayan kawasan sekitar.

Untuk maklumat lanjut, lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

#vivoMalaysia #vivoMY #AICamera #PerfectShot #HollyJollyWithvivo #Y85 #X21 #Y71i