PLATFORM e-dagang terkemuka Shopee Malaysia menggesa peminat penyanyi berkumpulan wanita terkenal Blackpink dari Korea berhati-hati dan tidak membeli tiket dari ‘ulat tiket’ yang dijual dengan harga 16 kali ganda dari harga asal.

Shopee dalam kenyataan media berkata, tindakan mereka berbuat demikian bukan sahaja tidak adil, malah bertentangan dengan keyakinan peminat tegar Blackpink untuk menyokong artis kegemaran mereka.

“Bagaimanapun, memandangkan sambutan yang menggalakkan, Blackpink bersetuju untuk mengadakan konsertnya di Malaysia sebanyak dua kali.

“Sehubungan itu, diskaun 10 peratus ke atas tiket Blackpink akan diberikan kepada peminat tegar kumpulan tersebut,” katanya.

Katanya, peminat boleh mendapatkan tiket pada harga diskaun di kedai rasmi YG Entertainment di Shopee. Peminat hanya terhad kepada dua tiket bagi setiap transaksi.

“Tawaran menarik ini akan memberi peminat Blackpink dengan tawaran yang adil dan peluang untuk menikmati konsert ini,” katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh layari https://shopee.com.my/ygentertainment.os